Jumaat, 17 Mei 2013

Tentu sekarang sudah ramai yg berhajat untuk menjawat jawatan di dalam sector kerajaankan?
Antara kelebihan atau factor ianya semakin menjadi pilihan adalah kerana :-

a) Dapat pencen
b) Mudah nk buat loan dengan bank
c) Kelihatan segak kiranya yg memakai seragam uniform
d) Risiko di berhentikan atau hilang pekerjaan adalah rendah melainkan anda terlibat dengan jenayah atau melanggar displin.

Saban masa peluang memohon untuk memohon kerja di dalam sector awam sentiasa dibuka namun pastinya persaingan amat sengit.Apabila di temuduga bukanlah bermakna anda telah pun Berjaya!
Jangan tergesa-gesa berhenti kerja yang sediada kerana beranggapan anda akan telah pun lulus dalam sesi temuduga samada temuduga secara lisan atau pun amali.Kerana secara puratanya pengambilan hanya kuota dalam lingkungan 300 orang ke bawah sahaja namun yang memohon adakalanya memcecah 10 ribu orang di seluruh negeri.

Di sini saya bagi tips bagaimana untuk hadapi sessi temuduga secara lisan kerana saya pun adalah penjawat awam yang telah berkhidmat selama 11 tahun...Jabatan apa?Rahsiaaaaa....

a) Dapatkan maklumat berkaitan agensi jabatan yg di pohon.
    Ini adalah pnting kerana kebiasaannya si penemuduga akan bertanya serba sedikit berkaitan
    agensi tersebut.Contohnya siapa pengarah jabatan tersebut,jabatan tersebut di bawah kementerian apa,siapa menterinya dan pelbagai lagi...

b) mengetahui serba sedikit peranan atau fungsi kerja yg anda pohon
    Misalnya pihak penemuduga akan bertanya apakah peranan tentera@polis@bomba@jururawat @ apa2 pun kepada masyarakat dan Negara?

c) Sentiasa ukirkan senyuman dan menjjawab jangan terlalu gopoh walaupun gementar tu xdpt n dielakkan.